Soalan Lazim

Umum

KENAPA SAYA PERLU MENGGUNAKAN PORTAL E-PAY UNTUK MEMBUAT PEMBAYARAN?

KAEDAH PEMBAYARAN YANG EFISYEN 

  • Pembayar akan terus menerima resit yang dijana oleh sistem setiap kali transaksi pindahan disahkan berjaya.
  • PTj Penerima akan memperolehi dana yang dipindahkan pada hari yang sama.

MUDAH DAN MESRA PELANGGAN

  • Pelanggan tidak perlu ke kaunter bank atau mesin ATM/CDM untuk membuat pembayaran kerana pembayaran boleh dibuat secara atas talian sama ada daripada akaun bank atau kad kredit/debit anda melalui perbankan internet.
  • Pelanggan juga tidak perlu mengemukakan salinan transaksi pembayaran untuk mendapatkan resit rasmi UM.

APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN UNTUK MULA MENGGUNAKAN PORTAL E-PAY?
  • Sila layari https://epay.um.edu.my  Bagi anda yang ingin membuat pembayaran melalui Portal e-Pay, anda boleh terus membuat pembayaran dengan memilih kategori bayaran pada menu e-Pay atau mendaftar akaun dengan e-Pay terlebih dahulu. Sekiranya memilih untuk membuka akaun e-Pay, pelanggan mempunyai kelebihan untuk membuat semakan terhadap rekod-rekod bayaran kepada UM dengan lebih cepat dan mudah.   

  • Sila rujuk pautan di bawah untuk butiran lanjut dan panduan menggunakan Portal e-Pay. https://epay.um.edu.my/epay/about/howitwork

APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN JIKA SAYA MEMPUNYAI PERTANYAAN LANJUT, ATAU MEMPEROLEHI BIL YANG SALAH?
  • Sekiranya anda telah dibilkan secara salah atau mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Tunai di talian bantuan kami di +603-7967 7043 / 7927 / 3466 ( Isnin - Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 5 petang kecuali Cuti Umum) atau e-mel kepada bursar_cash[at]um[dot]edu[dot]my  untuk bantuan.
JIKA SAYA TIDAK MENERIMA HALAMAN STATUS PENGESAHAN PEMBAYARAN (E-PAY) SELEPAS PEMBAYARAN DIBUAT, DI MANA SAYA BOLEH MENYEMAK TRANSAKSI SAYA?
  • Anda boleh menyemak e-mel anda dengan subjek [E-PAY @UM] Pemberitahuan Pembayaran dan kemudian mencetak sendiri resit pembayaran anda dengan status ‘Cetak Resit’

 

  • Sebagai alternatif, sila hubungi Seksyen Pengurusan Tunai di talian +603-7967 7043 / 7927 / 3466 ( Isnin - Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 5 petang kecuali Cuti Umum) atau e-mel kepada bursar_cash[at]um[dot]edu[dot]my  untuk bantuan.
APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN JIKA SAYA MENERIMA MESEJ 'PEMBAYARAN TIDAK BERJAYA' SELEPAS PEMBAYARAN?
  • Periksa sama ada jumlah bagi transaksi tersebut telah dipotong daripada kad / akaun anda. Jika tiada potongan, sila teruskan untuk membuat pembayaran semula. Jika potongan telah dibuat, sila semak e-mel anda untuk mencetak resit.

 

  • Sebagai alternatif, sila hubungi Seksyen Pengurusan Tunai di talian yang tertera pada soalan 6 di atas.
APAKAH KAEDAH PEMBAYARAN YANG BOLEH SAYA GUNAKAN MELALUI PORTAL E-PAY @ UM?
  • Berikut adalah mod pembayaran yang tersedia:-
    1. Kad Kredit / Debit (Kad Visa / Master)
    2. FPX (melibatkan 16 bank utama di Malaysia)
    3. E-Dompet
    4. Razer Cash
Bagaimanakah cara menggunakan Portal E-Pay?